Anak Syarikat MAISCORP

MAIS Construction & Properties Sdn Bhd

Dahulu dikenali dengan nama Bakti Suci Properties Sdn Bhd. Syarikat ini sedang bergiat aktif sebagai kontraktor pembinaan dan pengurusan projek. Syarikat ini telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak 1997 dengan projek-projek yang berjaya dilaksanakan.
Mempunyai kakitangan berkemahiran dari segi teknikal dan berpengalaman dalam mengurus dan mentadbir projek serta menerajui beberapa projek pembangunan dan pembinaan dengan kualiti yang tinggi mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MAIS Project Management Sdn Bhd

Sejajar dengan kelulusan Mesyuarat Pelaburan MAIS Bil 4/2012, MAIS telah melantik MAISCORP melalui MAIS Project Management Sdn Bhd (MPMSB) yang dahulu dikenali dengan nama MAIS Development Sdn Bhd, sebagai wakil Majlis di dalam merancang pembangunan di atas tanah Baitulmal dengan tujuan ekonomi dan memeterai usahasama dengan pemaju.

MAIS Information & Communication Technology Sdn Bhd

MICTSB merupakan sebuah anak syarikat MAISCORP yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan bertindak sebagai peneraju bidang ICT bagi memenuhi keperluan agensi di bawah naungan Majlis Agama Islam Selangor secara keseluruhan ataupun persaingan dipasaran terbuka.

MAIS Integrated Sdn Bhd

Penggabungan dua syarikat iaitu MAIS Integrated Services Sdn Bhd dan MAIS Trading & Services Sdn Bhd, dalam satu entiti membuka ruang dalam mempelbagaikan bidang perniagaan yang lebih relevan dan berkesan.
MISSB akan terus menumpukan perniagaan dalam perkhidmatan pembersihan, membangunkan perniagaan dalam bidang 'Outdoor Advertising' di tanah milik MAIS, mengurus tempat letak kereta dan pengurusan fasiliti premis-premis MAIS.
Skop perniagaan ini adalah yang dilihat relevan yang boleh dieksploitasi sepenuhnya oleh MTSSB.

Pemangkin Globalisasi
kementerianselangormaiskuiswakafselangorzakatselangormasjidnegerimuftiselangorjais